FILEM Fast and Furious bakal menemui penghujung apabila pelakon utama Vin Diesel mengesahkan perkara tersebut.
Dalam temu bual bersama The Associated Press, kata pelakon itu, sekuel Fast and Furious akan berakhir selepas dua lagi filem menyusuli F9 yang akan ditayangkan di pawagam pada 25 Jun ini.
Jelasnya, Universal Pictures mahu menamatkan kisah panjang itu dalam dua bahagian.
Diesel berkata, dua filem terakhir itu kemungkinan akan ditayangkan pada 2023 hingga 2024.
"Setiap cerita berhak mempunyai penamat sendiri," katanya pada sidang media promosi F9 apabila ditanya mengenai masa depan filem francais itu.
Tambah Diesel, ketika memberitahu anak perempuannya konklusi berkaitan filem tersebut dia mula menangis.
"Saya tahu orang ramai akan merasakan ia tidak seharusnya berakhir, namun saya rasakan semua perkara yang baik perlu berakhir, Francais ini mempunyai hak untuk mendapatkannya," kata Diesel.
Diesel membintangi Dominic Toretto sejak filem The Fast and Furious pada tahun 2001.
Filem berkisarkan mengenai kereta itu telah mendapat kutipan besar dalam box-office domestik dan antarabangsa dengan dua filem terakhir masing-masing menghasilkan lebih daripada AS$1 bilion.
Pengarah Justin Lin berkata, idea untuk menghasilkan penamat untuk francais tersebut selepas perbincangannya dengan Diesel.
"Kami berkumpul dan Diesel menyatakan saya harus memikirkan untuk menamatkan saga itu sekarang," kata Lin yang telah mengarahkan lima filem francais itu.
Jelas Lin, Fast and Furious 9 adalah jenis filem pertama untuk penamatan francais tersebut.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!
Agensi
Sat Jun 12 2021
Filem Fast and Furious akhirnya bakal menemui penghujung apabila pelakon utama Vin Diesel mengesahkan perkara tersebut.
ART bertingkat di JB miliki 32 stesen - Exco
Projek sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat yang dicadang dibangunkan di Johor Bahru akan mempunyai 32 stesen dengan jarak lebih 50 kilometer (km).
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak sedang dirangka
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak 2003 sedang dirangka sebagai usaha menubuhkan Jabatan Perikanan Negeri.
Dengar 'suara' belia, iktiraf mereka sebagai penyambung legasi
Suara belia tidak harus dipandang enteng malah penglibatan golongan ini perlu diperluas terutama dalam isu kemasyarakatan dan politik sesuai peranan mereka yang 'sering' digelar pemimpin masa hadapan.
Tumpuan Rabu - 15 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dari Madinah, seramai 563 jemaah haji Malaysia tiba di Mekah
Seramai 563 jemaah haji Malaysia yang sebelum ini menetap di Hotel Emaar Royal dan Hotel Saja al Madidah di Madinah, tiba di Mekah pada Selasa untuk urusan menunaikan ibadat haji.
10 Berita Pilihan - (14 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Banjir lahar dingin ragut lebih 50 nyawa
Banjir yang dikenali sebagai lahar dingin di Indonesia mengorbankan 52 individu setakat ini dengan 17 orang dilaporkan hilang. Situasi itu menyebabkan anggota keselamatan dan kecemasan mengerahkan tambahan aset-aset seperti jentera berat bagi memudahkan urusan semua pihak dalam operasi mencari mangsa yang hilang.
Suntikan anti-obesiti mampu kurang risiko serangan jantung
Suntikan ubat anti-obesiti mampu mengurangkan risiko serangan jantung dan strok. Satu kajian dilakukan oleh Profesor dari Kolej Universiti London (UCL) mendapati secara purata berat badan individu yang terlibat dalam kajian ini menurun 10.2 peratus selepas empat tahun.
'Heritage tree scheme' pelaksanaan negara Singapura boleh dijadikan sebagai contoh
ara stategi singapura yang boleh diadaptasikan oleh Malaysia adalah dengan mewujudkan Heritage Tree Scheme.
Skim yang dilancarkan oleh National Parks Board Singapore (NPARKS) ini telah terbukti terkesan kerana program ini bukan sahaja meliputi penyelengaraan pokok tetapi turut mengenal pasti, melindungi dan juga merawat pokok-pokok warisan yang mempunyai nilai sejarah, budaya, ekologi yang signifikan.
Skim yang dilancarkan oleh National Parks Board Singapore (NPARKS) ini telah terbukti terkesan kerana program ini bukan sahaja meliputi penyelengaraan pokok tetapi turut mengenal pasti, melindungi dan juga merawat pokok-pokok warisan yang mempunyai nilai sejarah, budaya, ekologi yang signifikan.
'Bahang' April paling ekstrem & Asia paling terkesan
Vin Diesel dedahkan saga Fast & Furious bakal berakhir
Fast and Furious akan berakhir selepas dua lagi filem menyusuli 'F9' yang akan ditayangkan di pawagam pada 25 Jun ini.